BENGKEL PERMURNIAN KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN FRGS FBKT 2022

Bengkel permurnian kertas cadangan penyelidikan FRGS Fakulti Biokejuruteraan dan Teknologi (FBKT) telah diadakan pada 28 Februari 2022 secara atas talian. Pada bengkel kali ini, panel jemputan, Professor Madya Dr Ahmad Azmin Bin Mohamad daripada Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral, Universiti Sains Malaysia telah berkongsi teknik penulisan kertas cadangan yang kompetatif. Seramai 19 penyelidik FBKT telah berjaya menghantar kertas cadangan FRGS pada tahun ini, dan diharapkan melalui bengkel permurnian ini, lebih ramai penyelidik FBKT akan berjaya memperolehi Geran Penyelidikan FRGS tahun ini.

Dr Wee Seng Kew